Pertandingan ini diadakan setiap tahun dan merupakan program tahunan pemulihan khas daerah Alor Gajah, Melaka. Saya amat berpuas hati dan bangga sebagai seorang guru pemulihan khas yang baru, saya dapat memberikan murid-murid saya pengalaman dan apa yang penting ialah keputusan yang membanggakan semasa menyertai pertandingan tersebut, Bukan hadiah yang saya inginkan tetapi di sinilah saya nampak kesungguhan murid-murid saya untuk mendapat tempat setiap kategori yang dipertandingan. Dengan rasa syukur saya pada illahi kerana penat lelah mengajar mereka selama setahun akhirnya membuahkan hasil yang tidak terhingga. Alhamdulillah...Harapan saya agar anak didik saya ini akan terus maju dan berjaya dalam aliran perdana kelak..Insyaallah..:-)
sedia untuk mengira
bersemangat menyampaikan cerita
mara ke peringkat 3 teratas
Murid yang mewakili sekolah dan merupakan murid pemulihan khas saya
Apa yang baik datang dari Allah s.w.t dan yang kurang baik itu dari diri kita sendiri...
ReplyDelete